Sejarah Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum

Ibupejabat OPEC di Vienna

OPEC terdiri daripada 11 negara termasuk tujuh negara-negara Arab tetapi juga negara-negara pengeksport terbesar di negara-negara membangun seperti Iran dan Venezuela. Ia telah ditubuhkan pada 17 September 1960 untuk membantah tekanan daripada syarikat-syarikat gergasi minyak (kebanyakan dimiliki warga A.S., Britain dan Belanda) untuk mengurangkan harga minyak dan pembayaran-pembayaran kepada para pengeluar. Pada mulanya pertubuhan ini beroperasi sebagai satu unit tawar-menawar bagi jualan oleh negara-negara Dunia Ketiga. Ia mengekangkan aktiviti-aktivitinya kepada mendapatkan satu bahagian yang lebih besar keuntungan-keuntungan yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat minyak Barat dan pengawalan yang lebih besar terhadap aras-aras penghasilan. Bagaimanapun, dalam awal 1970-an ia mula untuk menunjukkan kekuatannya.

Perang Yom Kippur

Kesinambungan konflik Arab-Israel akhirnya mencetuskan satu tindak balas yang menukarkan OPEC daripada satu pakatan biasa menjadi sesuatu kuasa kuat politik. Selepas Perang Enam Hari 1967, ahli-ahli OPEC Arab membentuk satu kumpulan bertindak yang berasingan iaitu Organisasi Negara-negara Pengeluar/Pengeksport Petroleum Arab, untuk tujuan memusatkan polisi dan menguatkan tekanan terhadap Barat kerana sokongannya terhadap Israel. Meskipun Mesir dan Syria bukan negara-negara pengeksport minyak, negara-negara ini menyertai kumpulan berkenaan untuk menguatkan objektif pertubuhan ini. Perang Yom Kippur 1973 meningkatkan lagi pandangan orang-orang Arab tersebut. Dunia Arab mengenakan sekatan minyak 1973 terhadap Amerika Syarikat, Eropah Barat, dan Jepun atas kemarahan negara-negara kawasan ini terhadap usaha-usaha membekalkan kembali minyak yang membolehkan Israel mengalahkan tetera-tentera Mesir dan Syria. Para konglomerat Barat secara tiba-tiba menghadapi satu sekatan bersatu daripada negara penghasil minyak seawal 1970-an.

Rujukan

WikiPedia: Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum http://money.cnn.com/2008/02/22/news/international... http://www.kommersant.com/p726525/ http://www.econlib.org/library/Enc/OPEC.html http://www.opec.org/ http://www.opec.org/opec_web/en/about_us/25.htm http://www.opec.org/opec_web/en/press_room/4305.ht... https://www.cia.gov/library/publications/the-world... https://www.cia.gov/library/publications/the-world... https://www.eia.gov/beta/international/data/browse... https://www.eia.gov/beta/international/data/browse...